*
Kisah bermula dimana Sam (bukan nama sebenar) berpindah dari sekolah menengah daerah pergi ke sekolah di bandaraya setelah selesai menduduki penilaian menegah rendah (PMR). Pada tahun pertama amat sukar bagi Sam menyesuaikan diri kerana semuanya adalah suatu kejutan budaya baginya. Oleh kerana kekurangan biaya, Sam tinggal di asrama sepanjang tahun tingkatan 4. Dia memplajari bidang kejuruteraan di salah sebuah sekolah vokasional di bandaraya. Sejak dari hari pertama memasuki asrama seolah-olah terserlah karisma dirinya dimana semua orang tidak kira"senior" atau "junior", "cikgu" atau "warden" semua hormat kepada Sam. Dia sendiri kehairanan namun dia tidak terlalu kisah tentangnya yang penting dia berasa aman dan selamat. Cuma Sam sahaja junior yang tidak "diragging" masa itu yang lain semuanya sapu bersih.
Baru sebulan di asrama, Sam sudah menjadi ketua secara tidak rasmi didalam asrama itu. Ramai yang menjadi pengikutnya. Apa sahaja Sam lakukan semua mahu terlibat sama tidak kira melayu atau bkn melayu, islam atau bukan semua jadi orang kanannya. Pernah satu antara kerja gila yang mereka lakukan apabila mereka mengganggu warden semasa 'prep' malam. Rumah warden berada dibawah bilik Sam dan seangkatannya. Pada malam tu mereka semua malas pergi 'prep' jadi mereka semua berada dalam bilik berdiam diri. Mereka berasa hairan pada malam itu sungguh awal warden menyuruh mereka 'prep'. Jadi Sam dan sekutunya bercadang ingin menyiasat apa sebab sebenarnya mereka disuruh 'prep' awal dari kebiasaan.
Setelah semua bilik sunyi sepi semua pelajar sudah pergi kelas masing-masing. Keluarlah Sam dan sekutunya dari persembunyian dan mereka lepak koridor belakang bilik asrama mereka yang kebetulan selari dengan rumah dan bilik tidur warden dibawah. Selang lima ke sepuluh minit mereka mendengar warden memasang radio dengan lagu yang sentimental kiranya. Jadi Sam dan sekutunya pun bertiarap dan masing-masing memanjangkan leher menjenguk kebawah. Alangkah terkejut mereka melihat tayangan percuma dari warden mereka brsama isterinya (lupa tutup tingkap). Masa itu baru 'foreplay' orang putih cakap. Dengan warden bertuala isterinya berkemban sahaja, Sam bangkit dan merancang sesuatu denga sekutunya. Sam rancang ingin mengganggu warden berkenaan dan sekutunya turut sama mengiyakan rancangan gila mereka. Jadi mereka menjenguk kembali kerumah warden dari arah atas, masa itu warden baru mula nak naik keatas isternya lalu dengan suara yang lantang Sam berteriak "weiiii perlahan-lahanlah". Lalu sang warden terus melompat dan memakai kembali tualanya lalu berlari keluar ingin melihat siapakah yang berteriak itu. Dalam masa yang sama Sam dan sekutunya tanpa ada perancangan untuk melarikan diri lalu terpaksa berlari kehujung koridor lalu lompat kebawah disebelah pagar asrama. Semua melompat dari tingkat satu lalu lesap dalam gelap. Terus Sam dan teman-teman sekutunya berlari kekelas 'prep' dan berpura-pura tidak ada apa yang berlaku. Seperti yang dijangka selang 10 minit satu pengumuman dibuat dan semua pelajr dipanggil berhmpun didepan asrama.
Lalu warden bertanya "siapakah yang tidak pergi 'prep' tadi??" semua diam tidak mengaku. Lalu warden membuka cerita bahawa ada beberapa orang yang tidak pergi 'prep' dan telah mengganggunya (Sam dan teman-temannya). Lalu dengan muka selamba Sam bertanya kembali, "Gangguan yang macam mana mereka lakukan cikgu?". Lalu wardn menjawab, "adalah". Sam dan teman-temannya bertolak siku dalam hati mereka berkata, "pandai cover line". Bermacam cara dilakukan warden supaya yang berbuat angkara mengaku namun Sam dan teman-teman tetap berkeras. Gilakah mau mengaku kata mereka. Disuruh bersumpah bukan main lagi Sam, dialah yang nombor satu bersumpah. Dipendekkan cerita sampai jam 3 pagi kami semua ditahan didepan asrama hingga ada yang tertidur duduk. Mahu tidak mahu kerana esok sekolah lagi warden terpaksa mengalah dan kami bersurai jam 3 setengah pagi. Dibilik sempat lagi Sam dan teman-temannya berseloroh;
Sam : "kamu nampak tak tahi lalat dekat bibir warden tu?" (warden ada tahi lalat hidup dekat bibirnya sebesar guli)
Razak : "kenapa?"
Sam : " bergegar tahi lalatnya semasa dia "gantung". Marah betul dia hahahahaha" (terus serentak semua mereka tertawa). Dan hingga sekarang tidak ada yang tahu angkara siapa mereka kena tahan hingga jam 3 pagi kecuali mereka-mereka yang terlibat menjayakan misi.
Masuk tingkatan 5, Sam tidak tinggal diasrama lagi dia berulang-alik pulang kerumah kerana masa itu dia sibuk dengan latihan tinju mewakili kota kinabalu dan sabah di sukma. Oleh kerana pengaruh kawan, Sam pergi sekolah setiap hari tetapi tidak sampai kesekolah. Setiap hari dihabiskan masa dikedai lepak dengan kawan. Disitulah Sam mengembangkan sayap takhta kekuasaannya dimana seluruh sekolah disekitar sekolahnya dibawah naungannya. Akhirnya dia digantung sekolah dan bapanya dipanggil kesekolah bertemu pengetua. Syukur kerana pengetua masa itu mementingkan pelajaran Sam tidak jadi dibuang sekolah kerana biarpun dia tidak masuk kelas tetapi setiap kali ujian dan peperiksaan dia menjadi antara top scorer setiap subjek penting disekolah (fizik,kimia, matematik, matematik tambahan dan elektif kejuruteraan) dan menjadi antara 5 pelajar terbaik disekolah. Jadi berdasarkan akademiknya dia diberi peluang lagi oleh pengetua.
Tinggal sebulan lagi Sam menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dia masih juga ponteng sekolah. Sampailah peperiksaan sebenar barulah nampak batang hidungnya di sekolah itupun dalam keadaan luka masih berdarah kemalangan motorsikal dia paksa juga kesekolah menduduki SPM. Keluar keputusan syukur juga dia lulus cemerlang dan dapat tawaran melanjutkan pelajaran tahap diploma (3 tahun) ke institusi awam (politeknik) dalam bidang kejuruteraan.
Setelah mendaftar masuk ke politeknik, keajaiban seolah menuruti perjalanan hidup Sam dimana proses orientasi dia tetap terkecuali seperti sebelum ni. Tidak ada yang mahu memaksa Sam mengikuti semua proses orientasi yang berlangsung selama seminggu. Pada semester pertama Sam tinggal di dalam asrama. Bermacamlah perkara yang dilakukan hinggakan dalam masa satu semester itu sahaja hampir separuh politeknik mengiktiraf Sam sebagai ketua tidak rasmi mereka. Masuk semester kedua, Sam tinggal menyewa diluar bersama rakan-rakannya. Disinilah kejutan budaya 100% berlaku kepada Sam dimana sepanjang 1 tahun sahaja Sam telah mempunyai ramai kenalan ketua-ketua kongsi gelap di bandaraya kebanyakannya cina (Along). Semua menjadi rakan hura-hura Sam. Dan kebanyakan perkenalan berlaku semasa berkunjung ke kelab malam. Masa ni juga Sam kenal apa itu perempuan, apa itu arak dan apa itu kelab. Pada masa ni Sam tidak merasa takut langsung membuat onar. Silap sikit ada saja yang dibunuhnya shingga semua ketua kongsi gelap dibandaraya hormat kepadanya. Tetapi dalam masa yang sama Sam tetap cemerlang dalam akademiknya dan pada semester ke-4 Sam telah menubuhkan kelab tinju dan menjadi presidennya sehingga tamat belajar di politeknik. Sam telah menjadi perintis kepada semua politeknik di seluruh Malaysia dimana hanya politeknik tempat dia belajar sahaja yang mempunyai kelab tinju dan aktif melakukan perlawanan persahabatan dan pertandingan. Pada pertengahan semester kelima, Sam telah menghantar petinjunya mewakili zon bandaraya dan merangkul banyak kemenangan.
Hidup Sam seharian penuh dengan warna warni kehidupan dimana pada siangnya dia belajar dan pada malamnya dia berlumba haram bagi menampung belanja persekolahannya. Harap orang tua, tidaklah boleh menyusahkan mereka sangat sebab mereka pun banyak lagi hendak dibuat kakak Sam lagi belajar di universiti. Jadi Sam berdikari mencari duit sendiri untuk menampung hidupnya. Mungkin sudah nasibnya sentiasa menang pertaruhan. Pada pertengahan semester ke-5 Sam telah ditangkap polis kerana bertetak dan bergaduh menggunakan pedang samurai. Namun Sam terlepas dari pertuduhan mungkin disebabkan pengalaman balik-balik ditangkap, Sam seolah-olah peguam membela kesalahan dirinya sendiri hingga terlepas dari hukuman. Apa yang lucunya didalam lokap tu semua pesalah sibuk bertanya apa kes orang dan masing-masing buat penilaian dan menjadi hakim sungguh lawak rasanya. Dari situ bertambah lagi kenalan Sam dengan cina-cina santung yang terkenal dengan ganasnya dan kebetulan mereka memang kenal dengan Sam tapi belum bertemu hanya nama sahaja kedengaran pada mereka.
Pada penghujung semester akhir, abang Sam telah ditangkap didaerah bininya atas kesalahan samurai dan senapang. Keluarga bininya mngugut ingin mencederakan abangnya dan dengan selamba Sam berkata " kamu sentuh dia orang aku dari bandar turn sini kasih hancur kamu semua " lalu abangnya tidak disentuh sedikitpun. Memang masa itu semua cina-cina kawan Sam di bandar sudah standby dan tunggu lampu hijau dari Sam untuk datang. Tapi semuanya selesai dengan aman. Abang Sam kena pindah pergi balai di daerah yang lain. Dan sebelum pulang, Sam singgah menjenguk anak perempuan abangnya. Anak abangnya mengadu minta dibawa sekali pulang dengan Sam. Lalu tanpa minta kebenaran Sam terus mengangkat anak buahnya pulang. Gaduh pun gaduhlah dalam pikiran Sam yang masa itu masih hidup macam syaitan lagi.
Setelah habis peperiksaan akhir, Sam hanya berehat dirumah menunggu keputusan peperiksaan. Pada satu malam kebetulan Sam dan abangnya berada dirumah sedang sakit kepala. Serentak mereka sakit kepala dan tidur awal. Tepat jam 1 pagi pakcik sebelah bapa Sam telefon meminta bantuan Sam dan abangnya mencari sepupu mereka yang belum balik dari siang. Dengan keadaan kepala yang sakit Sam cuba untuk menolak tapi pakciknya mendesak dan mencabar dengan berkata "kalau betul kamu saudara kamu tolong cari dan kalau dia dengan lelaki kamu kasih mati itu lelaki", katanya mencabar Sam dan abangnya. Lalu Sam pun setuju, dia dengan abangnya menjemput pakcik mereka dan seorang lagi sepupu memakai satu kereta mencari sepupu mereka. Habis semua pantai tidak ada. Akhirnya jam 2 pagi mereka pergi kerumah teman lelakinya. Yang kebetulan masa itu tidak ada teman lelakinya, orang tuanya memberitahu dia dirumah mereka yang lagi satu. Kami meminta izin dengan ibu lelaki terbabit kalau kami kedapatan budak lelaki terbabit dengan sepupu kami dirumah itu tahulah kami ajar lelaki tersebut dan ibu lelaki tersebut membenarkan kerana anaknya itu sudah tidak makan diajar lagi katanya. "pandai kamulah nak kamu buatlah. Anak saya itu tidak makan diajar lagi saya pun dipukulnya" kata orang tua itu.
Mereka pun pergi kealamat yang diberikan. Abang Sam memberi salam dan budak lelaki itu membuka pintu. Lalu abang Sam bertanya " wan (bukan nama sebenar) adik sepupuku ada sama kau disini??" lalu lelaki itu menjawab dalam keadaan gelabah "tidak ada bang". Tapi kami mengesyaki sesuatu, lalu abang Sam menjeling pada Sam lalu abangnya berpesan pada wan (teman lelaki), " jangan tipu wan kau kenal juga kami". Wan menjawab " tidak bang saya tidak tipu, siapa berani tipu kamu semua orang kenal kamu siapa". Abang Sam, " ok kami pergi dulu mau sambung mencari kalau jumpa kami bagi mati tu orang". Wan,"ok, bang" (dalam keadaan pucat). Sam dan mereka pun berlalu. Wan menutup pintu dan kami berpatah balik mengelilingi rumah itu tadi ternyata tekaan kami betul spupu kami berada didalam rumah itu. Mereka cuba berlari guna pintu belakang namun kami sudah ada disitu. Masa tu juga Sam dan yang lain meluru masuk kedalam rumah lalu abang sam memukul lelaki tadi. Sam melihat sepupu perempuannya penuh dengan "love bite" membuatkan Sam naik angin lalu dia menampar entah berapa puluh kali muka sepupunya hingga bengkak dan berdarah bibirnya. Tidak cukup dengan itu, Sam mengeluarkan gunting besi kecil dari poketnya sepanjang 3inci yang sengaja dibawanya dari rumah. Lalu Sam mengisyaratkan abangnya. Abang Sam tadi memegang budak lelaki itu lalu Sam menikam dua kali di belakangnya tanpa rasa prihatin. Setelah itu Sam kurang berpuas hati lalu dicapai gunting kain yang besar dirumah lelaki itu lalu menikam kembali budak lelaki itu tadi. Nasib budak lelaki itu bagus kali ini sebab pakcik Sam sempat menahan gunting yang Sam tikamkan kalau tidak pasti mati budak tu. Terus pada ketika ini pakcik Sam pun turut sama pucat dia tidak menyangka Sam betul-betul gila. Setelah itu, budak lelaki itu dibawa ke balai dengan berlumuran darah hingga habis basah lantai balai polis dibuatnya. Polis bertanya siapa yang tikam terus pakcik Sam berkata tidak pasti sebab ramai.
Budak lelaki itu dihantar ke penjara atas tuduhan melarikan dan merogol gadis kerana sepupu Sam pada ketika itu masih dibawah umur. Budak lelaki itu sempat berkata pada pakcik Sam, "selagi Sam dan abangnya masih ada disini selagi itu saya tidak akan balik semula ke daerah ini". Syukurlah terus insaf selepas ditikam. Setelah selesai semua itu, pakcik Sam menjemput singgah dirumahnya sebelum Sam dan abangnya pulang. Pakcik Sam berkata," kamu betul-betul gila menyesal aku cabar kamu nasib tidak mati budak itu oleh kamu". Sam menjawab " siapa suruh kau yang cabar suruh kasih mati, kami kasih tunailah". Pakcik Sam berkata lagi," kamu taukah fail kes kamu paling tinggi di balai itu. Saya kena bagi tunjuk oleh itu sarjan tadi. Lama sudah kamu kena perhati cuma polis sendiri mengaku kamu memang pandai buat hal sentiasa terlepas macam yang kes sekarang ni." Sam dan abangnya hanya tersenyum lalu meminta diri untuk pulang berehat.
Hari berlalu maka sampailah masanya keluar keputusan semester akhir Sam. Dia cuma dapat CGPA 3.20 sahaja. Punya geram Sam. Dia harap dapat sekurangnya CGPA 3.5 dicampur dengan pencapaian kokurikulumnya dia terus boleh dapat anugerah pengarah dan juga anugerah jabatan tapi malangnya tidak kesampaian. Ibu SSam sungguh gembira kerana Sam telah tamat dengan jayanya diploma yang diambil kerana ibunya juga tahu akan kenakalan Sam di luar sana. Selang 3 bulan selepas itu ibu Sam jatuh sakit, dia masuk ke hospital dan dilaksanakan bermacam diagnos. Akhirnya dapat dikesan ibu Sam ada penyakit kanser payudara tapi sudah terlewat kerana sampai keperingkat akhir sudah. Dua bulan lebih juga Sam menjaga ibunya dihospital. Siang abangnya dan malam Sam pula. Kadang-kadang abangnya sibuk Sam yang terus menjaga siang dan malam memandangkan saudara perempuan mereka jauh. Hampir dua bulan Sam tidak tidur siang dan malam menjaga ibunya kadang hanya tidur satu jam sahaja satu hari.kerana makin hari makin tenat ibunya hingga tidak mampu berjalan dan sudah tidak kenal orang lagi. Hanya Sam dan suaminya sahaja yang dikenali. Dan ibunya tidak bertutur melayu lagi. Dia bertutur bahasa leluhurnya dusun lotud. Akhirnya Sam dan keluarga berhajat membawa pulang ibu mereka dan semua adik beradinya sudah berkumpul. Bagi mereka biarla ibu mereka menikmati sisa hayatnya yang beberapa detik lagi dirumahnya sendiri. Sesampai dirumah kakak Sam menyuuh Sam mandi dan berehat. Dia mengganti Sam menjaga ibu mereka. Sam tertidur dari pagi sampai ke pagi berikutnya tanpa sedar sedikit pun. Sengaja dibiarkan oleh kakaknya Sam berehat. Sesudah sedar Sam terasa amat lapar. Dia mengisi perutnya dan setlah itu merekasama-sama menjaga ibu mereka. Sesampai hari ke enam ibu mereka dirumah, pada ketika itu hanya Sam dan ibunya sahaja didepan. Kakaknya masak didapur. Lalu dengan sepenuh kudrat sambil mengeletar ibu Sam memanggilnya dan bercerita normal dengannya. Sam terkejut dan lalu dia menangis teresak-esak kerana dia tahu sudah dekat masa ibunya pergi. Sam berasa syahdu sekali bila ibunya memberi pesanan terakhir berbunyi," Sam, berubahlah. Sudah-sudahlah kau dan abangmu buat kejahatan. Mama kejap lagi tiada sudah meninggalkan kamu. Ingat inilah harapan terakhir mama sama kamu. Berubahlah. Buktikan pada orang kamu anak yang berguna." air mata dan tangisan Sam tidak dapat dikawal lagi, egonya hilang sama sekali didepan ibunya yang tercinta. Dan sambil memeluk ibunya dia berjanji yang dia akan tunaikan permintaan terakhir ibunya. Lalu petang itu tepat jam 5 petang ibunya nazak sudah. Mereka cepat-cepat membawanya ke hospital berdekatan dan setelah 30minit melakukan CPR abang Sam meminta doktor menghentikan semuanya lalu dia memandu ibu mereka mengucapkan kalimah syahadah lalu semuanya berakhir disitu pada jam 6.25 petang di unit kecemasan. Bagai gelap seluruh alam. Sam hanya terdiam dan memeluk erat bapanya yang tersayang. Dalam dia menenangkan bapanya dia terpaksa menahan sayu di hati kehilangan yang amat besar baginya.
Selepas seratus hari Sam di jemput keluarga kekasihnya tinggal bersama di kampung mereka di suatu pedalaman. Disitula Sam mulamenuntut dengan tekun ilmu agama dan berubah sepenuhnya. Diplomanya diletak di tepi. Dia membuka kebun sayur dan bercucuk tanam pada siangnya dan malamnya dia menuntut ilmu agama. Dalam masa setahun Sam telah menguasai bermacam perihal agama. Mempraktik dan mengamalkannya dengan tekun dan jaya hinggakan seluruh penduduk kampung dan kampung sekitarnya hormat padanya kerana agamanya. Barulah Sam faham apa itu nikmat berubah dan beramal. Sam dalam masa itu buat bisnes sampingan. Perniagaannya maju sehingga pendapatan sebulan menghampiri setengah juta. Setelah itu dia didatangi suami kakanya meminta bantuan dari segi kerja. Dia pun membawa iparnya buat bisnes bersama. Perniagaan mereka maju hingga menembusi pasaran semenanjung. Sekali membuat program perniagaan mereka boleh untung paling kecil seratus ribu keatas. Tapi adat dunia ada masa di atas ada masa di bawah. Ada sekali Sam dan iparnya membuat program bisnes mereka , mereka buat pelaburaan cukup besar dan menggabungkan sekali sabah,sarawak dan beberapa negeri di semenanjung purata pulangan masa tu paling kurang lima ratus ribu secara rawak. Kebetulan Sam ada hal tidak dapat dielakkan dan terpaksa ke luar negeri dan dia mengamanahkan iparnya mengurus semua bayaran masuk. Manusia dah nampak duit banyak keluarlah tanduknya. Dia lesapsekali dengan semua duit. Sam balik terus terduduk memikirkan hutang-hutang. Dia menyesal mempercayai orang. Namun dia sabar dan tidak membalas. Iparnya hilang tanpa jejak. Hampir gila Sam menyelesaikan masalahnya. Namun akhirnya ada juga jalan keluar tanpa Sam duga. Masuk tahun ketiga, Sam bernikah dengan kekasihnya dan direstui oleh keluarga kedua belah pihak. Apalagi kedua mentuanya yang memang rapat dengan Sam dan sangat sayangkan Sam lebih dari anak kandung mereka sendiri.
Setelah itu Sam membawa isterinya berpindah ke pulau seberang dan setelah isterinya disahkan mengandung mereka pulang ke kampung halaman isterinya. Sam rasa bahagia menjalani kehidupannya bersama isteri tercinta. Rupanya kebahgiaan itu tidak lama setelah masuk 4 bulan kandungan isterinya hidup Sam bergolak kembali. Hampir setiap hari isterinya meminta Sam menceraikannya dan mencari yang lain.. Sam buat tidak tahu sahaja mungkin pembawaan orang mengandung dalam hatinya. Siangnya mereka bergaduh terus. Tapi malamnya isterinya seolah orang lain. Pada malam hari isterinya cukup manja sentiasa berada dalam pelukan Sam kadang-kadang meminta hubungan badan. Dan kadang-kadang menagis tanpa sebab musabab dalam pelukan Sam. Perkara ini berlanjutan sehingga masuk bulan kelima kandungan. Sampai pertengahan bulan kelima kandungan isterinya "bleeding" dan setelah pergi ke unit kecemasan isterinya keguguran. Satu tamparan hebat buat Sam . Dia menguruskan mayat anaknya dengan tangannya sendiri. Sambil menimbus tanah sambil sayu hatinya melihat permata yang diharapkannya hilang pergi begitu sahaja. Bercucuran airmatanya sambil menangkupkan tanah kuburan itu. Lalu Sam mengesat matanya dan dia kembali kerumah dan memujuk isteri tercintanya. " tidak apa kita usaha lagi keras lepas ni" .. usha Sam membuat isterinya tertawa dan tersenyum dengan telatahnya.
Isterinya meminta ampun dan maaf kepada Sam kerana bayi mereka sudah tidak ada. Sambil mencium lembut pipi isterinya Sam berkata "sudahlah jangan risau tiada yang perlu dimaafkan. Semua takdir kita harus terima dan kita wajib imani. Jangan bersedih lagi ya (sambil Sam memeluk dan mencium isterinya)"..barulah isterinya tenang semula.
Tapi masalah Sam tidak berakhir disitu. Pendarahan isterinya tidak pandai berhenti sehnggakan Sam bergegas membawa isterinya ke unit kecemasan lagi. Setelah ditahan satu malam di wad keesokan harinya iteri Sam dipindahkan ke hospital khas ibu dan anak di bandaraya sampai di hospital isteri Sam sempat memberitahunya dia mohon ampun dari Sam sebab balik-balik minta cerai semua tu sebab dia rasakan yang hayatnya tidak lama lagi. Sam tersentak lalu memujuk isterinya jangan berkata macam tu semua tu Hukum Tuhan. Biar Than yang buat kerjanya. Pada malam itu isteri Sam sudah meracau tidak tentu hala. Tiada seorang pun yang dikenalinya hanya Sam seorang sahaja yang dia kenal. Tapi dia tetap tidak mampu bercakap seolah ada kuasa lain yang mengawal isterinya. Lalu doktor menerangkan yang isterinya kejangkitan kuman dan erebak hingga keotaknya itulah sebab dia meracau sebab kuman yang mengawal fungsi otaknya. Sekali lagi Sam bersandar dan menepuk kepalanya. Bagai panahan petir dia menerima perkhabaran itu. Isteri yang amat dicintai selama 9 tahun 6 bulan kini sedang nazak dihadapannya. Pada masa itu juga isterinya dipindahkan ke unit rawatan rapi (ICU) setelah 3 hari isterinya koma di situ masih juga tidak ada perubahan. Masuk hari ketujuh isterinya koma di ICU, dengan keadaan terpaksa Sam berdoa disertakan dengan kesyahduan dan kepiluan.. "Ya Tuhan Engkau Maha Berkuasa.. Engkau telah menetapkan segala sesuatu sesuai dengan hikmah disebaliknya. Aku mohon Ya Tuhanku.. Hilangkanlah kesakitan dan kesusahan isteriku. Kalau dengan pemergiannya Engkau meredhai dia dan juga aku maka aku dengan ikhlas dan redha mengembalikan dia kepada-MU. Sesungguhnya aku telah redha dia sebagai isteriku dan aku ampunkan semua dosa dan kesalahannya terhadapku samada yang nyata atau tidak, samada yang terang atau sembunyi. Aku meredhainya kembali padamu Ya Tuhanku tempatkanlah dia di sisi-Mu bersama mereka yang beriman. Aamin ya Rabbl alamin"...lalu Sam kembali ke ICU dan di depan pintu nurse sudah menanti kedatangan Sam dan mengatakan isterinya sedang nazak. Lalu Sam bergegas pergi berjumpa isterinya yang mana masa itu sudah ada 5 orang doktor pakar cuba menyelamatkannya. Lalu Sam dengan hiba meminta semua CPR dihentikan lalu Sam mendekatkan mulut ketelinga isterinya lalu berkata " sayang sudah sampai masamu bertemu Tuhan. Sudah sampai masa perpisahan kita didunia ini.. Kau redhailah perjalanan mu kerana aku telah merdhai mu selama hidup bersamaku sehingga pemergianmu. Semoga kau di tempat orang-orang yang mendapat syafaat di sisi Tuhan. Kau ikut aku mengucap kalimah ya. Ikut dengan hati mu kerana mulut mu dipenuhi hos-hos oksigen. Angguk kalau ko sudah ikut ya. Bolehkan???". Lalu isteri Sam mengangguk dalam keadaan tenat sambil mata tertutup. Lalu Sam mengucapkan lafaz keramat perpisahan mereka "ashaduanla illaha illlllah", lalu Sam berkata, " syg angguk klau sudah.." isterinyapun mengangguk lalu Sam menyambung lagi " wa ashaduanna muhammadar Rasulullah".. lalu isterinya mengangguk buat kali terakhir lalu menghembuskan nafas terakhir dalam dakapan Sam. Doktor-doktor pakar semuanya bercucuran air mata mendengar kata-kata Sam buat isterinya.
Sam bagaikan tidak percaya apa yang baru dilaluinya semuanya bagaikan mimpi. Sekali lagi Sam diberi ujian yang sangat menggugat kesabarannya. Namun Sam masih kukuh. Dia tidak tahu dari mana datangnya kesabaran yang dia gunakan sekarang ini. Mereka membawa pulang ke kampung alamn isteri Sam jenazah arwah isterinya. Sampai dirumah Sam menguruskan semua sendiri arwah isterinya membersihkannya dan sesudah itu tidak putus membacakan surah yasin keatas mayat isternya hingga siang hari. Entah berapa puluh kali diulanginya membaca yasin itu. Setelah selesai semua pengebumian Sam masih lagi disitu tinggal dengan mentuanya sehingga ulang tahun pemergian isterinya barulah Sam kembali ke tempatnya. Tapi dia tetap juga masih berkunjung melawat mentuanya yang tersayang dan setiap hari raya dia pasti akan kembali melawat mentuanya.
~ To be Continue ~