Semenjak Sam berhijrah ke kampung halaman armarhum isterinya dia telah mempeajari bidang ilmu agama dari seorang yang mursyid berasal dari negara jiran. Lama diselidikinya mursyidul tersebut sebelum belajar ilmunya. setelah terbukti mursyidul tersebut terbukti ketinggian ilmunya dan di perakui oleh majlis agama dan juga di iktiraf hingga ke tanah suci, Sam pun memulakan pembelajarannya.
Pada mulanya Sam diajar tentang persucian najis dan kesempurnaan wudhu. Selepas itu dia diajar cara bersolat yang betul dan penuh khusyuk dan di suruh melakukan zikir-zikir rawatib yang biasa dilakukan di masjid-masjid. Selang masa beberapa lama dia disuruh berpuasa sunat sebanyak yang mungkin. Daripada semua yang Sam lakukan seperti belajar mengaji sambil bersolat, berzikir dan berpuasa, dia dapat merasakan satu nikmat yang dia tidak pernah rasa sebelum ini. Satu etenangan yang hakiki yang tidak ada rasa gemuruh, gentar, binggung dan macam-macam lagi rasa yang tidak menyenangkan telah hilang dari kamus hidup Sam. Dia kini merasa satu nikmat yang sukar dijelaskan secara terperinci tetapi lebih kepada kepuasan dalam diri.
Di pendekkan cerita, ada suatu malam ketika Sam dan mursyid tempat dia menimba ilmu sedang bercerita tiba-tiba dia ditanya oleh mursyid tersebut, ""Sam, kamu takut hantu atau Tuhan?" tanya mursid tadi. Lalu Sam bertanya, "kenapa?".. mursyid tadi berkata, "jawab sahaja sejujur kamu".. Lalu Sam menjawab" tidak tahu sebab dua-duanya belum pernah saya jumpa dan saya lihat". mursyid tadi berkata lagi," mahukah kamu menjumpai yang pertama iaitu hantu?".. Sam berfikir lalu menjawab " ada apakah keindahan disebalik ini semua?".. mursid tadi menjawab dengan persoalan, " apakah kamu benar beriman kepada Tuhan?".. dengan pantas Sam menjawab, "ya sudah pasti".. "kalau begitu buktikan" kata mursyid tadi. "bagaimana?" Sam bertanya. "orang yang benar beriman pada Tuhannya dia cuma tunduk dan takut pada Tuhannya bukan pada hantu atau apapun makhluk halus mahupun makhluk kasar, kerana orang yang benar-benar tunduk pada Tuhannya seluruh alam dan isinya tunduk kepada orang itu tadi jadi tidak ada lagi isu ketakutan dan kegelisahan sepanjang hidupnya hanya tunduk patuh dan takutkan Tuhan semata", kata mursyid itu lagi. "kamu sudah mencapai tahap yang satu iaitu tidak ada lagi kegelisahan yang ada cuma ketenangan dalam beribadat dan beramal. apa kau mau lagi merasa yang kedua? iaitu tidak lagi ada ketakutan melainkan hanya takut pada Tuhan?"..Sam menjawab "ya sudah tentu, bagaimana caranya?" mursyid menjawab, "zikir".. Sam bingung lalu berkata, "bukankah setiap malam saya zikir sampai subuh?".. mursid menjawab," betul setiap malam kamu berzikir tetapi itu di tempat yang kamu kehendaki melakukannya. sekarang kamu ikut tempat yang aku kehendaki kamu melakukannya, apa kamu sanggup?" Sam berkata dengan yakin," ya saya sanggup". Lalu mursyid tadi berkata sambil tersenyum, "kamu pergi rumah usang di hujung sungai dekat kebun disana (sambil menuding jarinya kearah rumah usang itu) lalu kamu bersihkan dan kamu berzikir di situ satu orang. Dengan itu barulah kamu kenal dirimu maka secara langsung kamu kenal siapa Tuhan kamu. seperti sabda Nabi SAW 'man arofa nafsahu fakhod arofa robbahu'. nah sekarang bersiaplah kamu pergi ke situ"..Sam tercengang lalu bertanya lagi, "benar pergi kesitu ?" mursyid menjawab, "ya ke situ. situ banyak kejadian aneh dan banyak orang kampung melihat entiti ghaib berlaku disitu kebiasaannya seperti malam hari ini, malam jumaat".. Lama Sam berfikir dan akhirnya dia pergi juga. sepanjang perjalanan ke situ dia berkata dalam hati, "padan muka aku fikir zikir dengan dia tau-tau sorang-sorang dekat rumah buruk pula ni. aduhhh...!!! ". Sam mengeluh dalam hati. hendak disangkalnya takut malu dengan mursyid tadi tapi nak teruskan ada juga gentar dihati takut-takut benar ada hantu di situ. tapi digagahi juga pergi kerumah usang tersebut.
Sampai dirumah usang itu Sam pun mula berzikir tapi fikirannya tidak tenang, sudahlah dalam gelap berbagai bunyian lagi terdengar. Difikiran Sam kalau tiba-tiba muncul apa-apa depannya bagaimanalah. sungguh kusut fikirannya tapi dia masih ingat pesan mursyid tadi, "kalau kamu berasa takut berserah dan mohon perlindungan pada Tuhan apa-apa kejadian sekalipun jangan putus berzikir nanti kamu terkena. selagi kamu masih berzikir selagi itu kamu tidak ada apa-apa. Ingatlah Tuhan Maha Kuasa" kata mursyid tadi. Sam pun memujuk dirinya dengan kata-kata itu dan teruskan berzikir.
Selang setengah jam Sam sudah mulai menghidu bau yang sangat busuk seperti tanah buruk dan berbau hamis kencing. Bulu roma Sam mula meremang dan semakin kuat Sam berzikir untuk menghilangkan ketakutannya. Selepas itu, terdengar bunyi mencakar dinding dari hujung belakang ke hujung depan, tambah lagi kuat Sam berzikir dan masa tu juga Sam tidak tenang sudah matanya melilau kiri kanan melihat kalau-kalau ada apa-apa dan hendak dia lari meninggalkan tempat itu dia tidak boleh kerana mursyid tadi berpesan kalau dia lari maka tamatlah sudah dia berhubung dengan mursyid tadi. Oleh kerana masih cetek pengetahuannya tentang agama Sam terpaksa bertahan dan meneruskan pembelajarannya. Hilang bunyi mencakar tadi Sam perlahan sikit berzikir ada sedikit ketenangan sudah dalam hatinya. Selamat sudah aku katanya. Tapi dengan tidak semena-mena muncul satu sosok tubuh didepan Sam membutkan dia terkejut dan membuatkan jantungnya berdegup teramat kencang seolah jantungnya berada diluar tubuh sudah. Masa tu Sam teringat pesan mursyid tadi lalu dia sambil berzikir dan sambil juga berdoa mohon perlindungan dengan Tuhan. Entiti tadi datang menghampiri lalu Sam menutup matanya kerana tidak tahan melihat entiti itu semakin mendekatinya sambil Sam berserah pada Tuhan apapun yang berlaku semua ketentuan Tuhan katanya. Dia merasa ada sesuatu menjalar ditubuhnya semacam ular ingin membelit dan semakin kuat belitannya lalu tergerak dihati Sam untuk menguatkan zikirnya lalu dia berzikir agak berteriak dan terdegar bunyi seolah meletup serentak zikir Sam pun terhenti lalu dia membuka matanya. Dengan berbekalkan lampu suluh Sam menyuluh dadanya dan terdapat sebuah selendang melingkari dadanya. Amat cantik selendang itu dan pastinya tidak terdapat dimana pun. Sam bingung dari mana datangnya selendang itu. Lalu dia bergegas pulang kerumah untuk bertemu mursyid tadi. Jam menunjukkan sudah 2.30 pagi. Dari jauh Sam melihat mursyid tadi duduk di kaki lima menanti kedatangannya. Sam menyembunyikan selendang tadi disebalik sejadahnya. sesampai dirumah mursyid itu berkata ,"kenapa kamu sembunyikan? ayuh keluarkan". Dalam hati Sam dia tahu juga rupanya. Lalu Sam mengeluarkannya.
Mursyid tadi tersenyum lalu berkata, "baguslah".. Sam bertanya "dari mana tu?" mursyid tadi berkata, "tidak penting itu selendang, yang penting pengajaran yang ko dapat. sekarang ko tahu sudah mana yang lagi kuat dan berkuasa Tuhan atau hantu?". Sam menjawab "Tuhan, sekarang aku tahu sudah dan aku yakin selepas ini aku cuma takut pada Tuhan sahaja. terima kasih memberi aku ilmu yang cukup berguna. (sambil mencium tangan mursyid tadi)." Sam sungguh gembira kerana pengalaman ni tidak boleh dibei dimana-mana. sekarang Sam menjadi lebih yakin dengan kuasa Tuhan. ~tamat~
~aries~

No comments:
Post a Comment